Cara Berkesan Merawat Senggugut

by - Sunday, October 13, 2019


Senggugut dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai menstrual cramps dan dalam bahasa perubatan pula lebih dikenali sebagai dysmenorrheaSenggugut merupakan keadaan yang dialami oleh wanita sebelum atau ketika haid. Senggugut merupakan suatu keadaan dimana anda akan merasakan kesakitan yang mencucuk atau seperti kejang yang menyakitkan dibahagian bawah abdomen anda. 



Bagi sesetengah wanita, keadaan yang disebabkan oleh senggugut ini memberikan ketidakselesaan dan akan turut mempengaruhi mood serta aktiviti harian mereka. Tempoh berlakunya senggugut pula berbeza untuk setiap wanita. Ada yang mengalaminya pada hari pertama haid sahaja pada setiap bulan, ada yang mengalaminya sebelum haid dan ada juga yang mengalaminya selama beberapa hari dan tahap kesakitan juga bergantung pada setiap individu. 

Senggugut kebiasaannya diakibatkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti endometriosis atau uterine fibroids. Kunci utama untuk mengurangkan kesakitan akibat senggugut adalah dengan merawat masalah-masalah tersebut. Jika kesakitan senggugut bukan disebabkan oleh masalah-masalah tersebut, ia akan berkurang seiring dengan bertambahnya usia dan akan turut berkurang selepas wanita bersalin. 


SIMPTOM SENGGUGUT

Simptom yang kebiasaannya berlaku ketika anda mengalami senggugut adalah: 

  • Sakit yang mencucuk-cucuk dan rasa sakit akibat kekejangan dibahagian bawah abdomen 
  • Kebas dan rasa sakit yang berpanjangan serta tidak berkurang 
  • Rasa sakit yang kemudiannya merebak ke bahagian bawah belakang anda dan juga ke bahagian paha 

Selain itu, ada beberapa simptom lain yang turut dialami oleh sesetengah wanita ketika mengalami senggugut. Antaranya ialah: 

  • Rasa sakit kepala 
  • Rasa pening 


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SENGGUGUT

Ketika anda sedang mengalami haid, uterus anda akan mulai mengecut. Bahan-bahan yang bersifat hormon seperti prostaglandins akan mengakibatkan rasa sakit ketika pengecutan uterus. Lebih tinggi kandungan prostaglandins akan mengakibatkan kesakitan senggugut yang lebih teruk. Selain itu, terdapat beberapa lagi punca berlakunya senggugut seperti: 

  • Endometriosis. Bagi keadaan yang menyakitkan ini, tisu yang melapisi uterus akan berada diluar uterus. Kebiasaannya ia akan berada pada fallopian tube, ovari atau akan melapisi pelvis. 
  • Uterine Fibroids. Ia merupakan ketumbuhan yang bukan kanser yang akan berada pada dinding uterus sekaligus mengakibatkan kesakitan. 
  • Adenomyosis. Keadaan ini merupakan keadaan dimana tisu yang melapisi uterus membesar menjadi lapisan berotot disekitar uterus. 
  • Pelvic inflammatory disease (PID). Ia merupakan jangkitan terhadap organ peranakan wanita yang biasanya disebabkan oleh penyebaran bakteria hasil daripada hubungan seksual. 


BILA ANDA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN DARIPADA DOKTOR?

Jika anda baru sahaja melalui proses haid dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini dan mengalami senggugut, anda tidak perlu risau akannya kerana ia merupakan perkara biasa. Namun, jika senggugut anda sentiasa mengganggu aktiviti harian anda setiap kali anda haid, dan simptom-simptom yang dinyatakan diatas menjadi semakin teruk, atau anda berusia lebih dari 25 tahun dan baru sahaja mengalami senggugut yang teruk, maka anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan lanjut. 



ANTARA CARA BERKESAN UNTUK MERAWAT SENGGUGUT

Selepas anda melakukan dignosis, doktor pastinya akan mencadangkan anda untuk menerima beberapa jenis rawatan seperti: 

  • Pain relievers. Ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau naproxen sodium akan diberikan bermula daripada hari yang anda jangkakan anda akan mengalami haid. Anda juga perlu mengambil ubat tersebut apabila anda mula haid pada setiap bulan, atau sebaik sahaja anda merasakan simptom tersebut ada pada anda dan berterusan untuk beberapa hari atau sehingga simptom tersebut hilang. 
  • Hormon mengawal kehamilan. Pil untuk mengawal kehamilan kebiasaannya mempunyai hormon yang akan menghalang ovulasi dan juga akan mengurangkan kadar kesakitan yang diakibatkan oleh senggugut. Anda juga boleh mendapatkannya melalui suntikan, patch yang dipakai pada kulit atau implant yang diletakkan dibawah lengan anda. 
  • Pembedahan. Jika senggugut anda disebabkan oleh faktor-faktor seperti endometrisis atau fibroid, pembedahan mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut. 
  • Mengambil supplemen. Supplemen seperti Dea-Della sangat sesuai untuk membantu wanita-wanita yang mengalami masalah senggugut untuk merawat masalah tersebut. Ia juga mampu untuk merawat keputihan dan membekalkan tenaga serta berbagai lagi khasiat untuk badan anda. 


You May Also Like

0 comments