Hye guys!!
Memey percaya semua orang tak kira lelaki mahupun wanita ada mengalami masalah rambut gugur kan? Especially bagi wanita yang bertudung sebab sepanjang hari rambut tertutup dan tiada pengaliran udara terutama bila cuaca panas dan rambut jadi berpeluh serta meninggalkan bau yang kurang enak..betul tak..
Actually memey pun mengalami masalah yang sama sejak bertahun lamanya.. Ditambah pulak dengan diagnose yang Memey hidapi ni so makin teruk rambut gugur due to pengambilan ubat hospital sehinggakan boleh nampak kulit kepala. Masa ni memang ambil keputusan untuk potong pendek walaupun rasa sayanggg sangat nak potong.
RAMBUT GUGUR HAMPIR BOTAK NIPIS
Memey rasa tak boleh nak hadap dah rambut gugur melampau sampai dah botak, getah rambut pun tak sudi nak lekat kat rambut 😂😂😂.. so memey nekad potong.. fuhhh ringann seringannya kepala masa ni.
Hampir sebulan lebih jugak lepas potong rambut still masalah gugur ada... memang kritikal dah rambut bersepah kat lantai tak sampai seminggu.. sedih tengok.. sampai la one day Mr. syuben ajak sopink toiletries.
Dia cakap nak cari shampoo untuk Memey.. terharu uollss bila syuben prihatin problem wifey dia nih hihi tapi memey jenis cerewet pilih shampoo yang serasi dengan rambut dan kulit kepala..silap pilih nanti rambut boleh jadi tersangat kering dan keras then kelemumur pun bermaharajalela...so sambil duk intai-intai tu terpandang la brand ni..
As usual la perangai memey sebelum beli barang mesti nak tengok review pengguna dulu ok ke tak.. banyak plak memey baca feed back dorang pakai okay.. so untuk permulaan memey pilih 2 produk brand Good Virtues Co. ni iaitu shampoo dan conditioner. Harga dia memang lebih murah dari harga shampoo yang memey pakai sebelum ni..so here we go..
Anti-Dandruff Care Shampoo Nourishing Hair Fall Protection
Healthy Hair & Scalp Conditioner For All Hair Types
So first time pakai still ada keguguran rambut tu.. tapi second time pakai memey rasa teruja sangat sebab rambut kurang gugur dan tekstur rambut jadi terurus je tau.. Masa ni memey tak guna lagi serum.. just pakai minyak rambut safi shayla untuk kawalan rambut gugur..
Minyak rambut safi shayla ni wangiiii sangat tapi rambut melekat sikit la kat kulit kepala.. dah nama pon minyak kan😄.. ok back to the topic, dalam sebulan pakai shampoo dan conditioner ni Alhamdulillah rambut dah boleh bilang yang gugur kat lantai.. cam magic plak rasa hehe..
Minyak rambut safi shayla ni wangiiii sangat tapi rambut melekat sikit la kat kulit kepala.. dah nama pon minyak kan😄.. ok back to the topic, dalam sebulan pakai shampoo dan conditioner ni Alhamdulillah rambut dah boleh bilang yang gugur kat lantai.. cam magic plak rasa hehe..
RAMBUT HALUS MULA TUMBUH
Sebelum ni segumpal rambut gugur tak terbilang. Lepas tu dalam sebulan consume dengan teratur Memey perasan macam ada rambut halus tercacak banyak.. so maknanya rambut baru tumbuh la kan? sambil duk belek nampak dah tertutup sket tempat yang botak tu..
Rasa happy sesangat sebab rambut Memey ni jenis susah nak panjang pastu memang takde tanda nk tumbuh elok la.. Alhamdulillah sangat.. lepas tu Memey try serum plak..
Multiple Repair Hair Serum
MULTIPLE REPAIR HAIR SERUM
Serum ni pakai lepas mandi tau.. apply time rambut dah ala-ala basah nak hampir kering dengan cara urut perlahan kat kulit kepala dan sapu pada seluruh rambut sampai ke hujung.. Bau dia memang wangi pastu tekstur rambut jadi halusss sangat..
Rambut lebih terurus dan yang lebih menariknya serum ni, dia macam berminyak tapi once apply rambut memang tak melepek langsung kat kulit kepala. So tak perlu risau untuk yang bertudung sebab walaupun seharian bertutup rambut tetap wangi, terurus dan yang paling penting tak berbau kepamm..
HASIL MEMANG MENAKJUBKAN
So far memey memang recommended sangat produk Good Virtues Co. ni sebab hasil dia memang menakjubkan.. Bahan-bahan dia diperbuat dari Habbatus Sauda which is sangat bagus untuk rambut dan juga harga dia memang sangat mampu milik..
Korang boleh dapatkan produk ni dekat Watson atau Guardian. Tapi sekarang produk drugstore ni dah banyak dijual kat shopee dengan harga yang lebih murah. Yang paling penting ia merupakan barangan Buatan Malaysia 😘